Stella





.
Wednesday, 06:14 , 0 notification[s]

 Rindu. Rindu nak update blog. Rindu nak luahkan perasaan kat sini. Rindu awak, rindu dia, rindu kita, rindu semuanya. Perasaan bercampur baur. Ada gembira ada sedih, ada teruja ada kecewa. Itu semua lumrah kehidupan.

"Bila Allah campakkan perasaan gembira/sedih itu kepada seseorang, tiada siapa yang mampu menghalangnya."

Maksud dia kat situ sangat dalam pada pendapat aku. Yes. Takde siapa yang boleh halang Allah nak buat semua tu. Kita kena anggap tu semua ujian. Nak uji hati kita ni kental atau tak. Nak uji keredhaan atau keimanan kita.

--------------------------------------------------------------------------------------
 Assalamualaikum *waves*. Dah lama tak update :)

Hmm nak start cemane ek. Hmm ok pasal BERUBAH.

Manusia berubah. Keadaan berubah. Ada yang berubah lebih baik & ada yang berubah sebaliknya. Kadang-kadang, perubahan tu boleh buat seseorang tu kecewa.  Mungkin dia rindu kau yang dulu. Siapa tahu kan? Kadang-kadang aku terfikir, kenapa manusia berubah? Maksud aku kat sini, berubah yang boleh membuatkan kita rindu. Rindu semuanya. Rindu DULU. Macam dulu. Aku tak maksudkan sesiapa cuma aku... hm entah. Kita tak boleh nak salahkan orang je. Kena tengok jugak diri ni. Tapi kalau seseorang tu berubah, automatik aku akan berubah. Bila kau layan aku lain, aku pun akan jadi lain, hah camtu lah maksudnya. Maafkan aku, ini memang diri aku.

Perasaan aku Allah je yang tahu. Macam mana aku lalui kehidupan aku setiap hari. Macam mana aku pendam perasaan aku demi menjaga hati orang. Macam mana aku korbankan perasaan aku. Macam mana aku masih boleh tersenyum /ketawa padahal takde siapa tahu apa yang terjadi. Kadang-kadang aku pelik dengan diri aku, aku pelik mcm mana aku boleh kawal kesedihan aku depan semua orang. Tapi bila sorang2, aku tak boleh kawal. Hmm, maybe Allah nak aku mengadu dekat dia.

Banyak kekurangan dalam diri aku ni. Aku berbeza dengan dia, berbeza dengan orang lain. Aku rasa diri aku kerdil. Aku rasa rendah diri yang sangat kritikal. Serius, aku tak tipu. Aku selalu bandingkan diri aku dengan orang lain. Sebab aku rasa bila aku buat mcm tu, aku boleh baiki diri aku. Jujur, aku cemburu. Banyak benda yang aku cemburukan. Aku kena buang perasaan cemburu. JEALOUSY KILLS.

Aku dah banyak kecil hati. Tak kisah lah dgn sesiapa. Tapi dah banyak kali. Aku tak reti berterus terang. Sebab aku tahu bila aku berterus terang, masing-masing nak menangkan diri sendiri. Bukan tuduh tapi benda mcmni dah banyak kali terjadi kat aku. Aku serik.  Jadi aku memilh untuk berdiam diri. Biarlah asalkan orang orang sekeliling aku puas hati. Kadang kadang aku tahu apa kau buat, tapi aku diamkan. Sebab nak jaga hati kau. Aku taknak fikir macam macam sebab kali ni, aku mula percaya takdir.

Aku akan update lagi bila aku rasa aku nak update. Assalamualaikum.

Hai. Aku rindu. Jaga diri. JAGA HATI. Jaga iman. Jaga batas. Semoga kau sentiasa berjaya dalam kehidupan. Semoga dalam lindungan Allah selalu. Semoga sentiasa ingat aku. Cari aku bila perlu. Harap kau sentiasa gembira kat sana, tak kisah kau gembira sama ada sebab aku ataupun tak. Yang penting kau gembira. Aku yakin kita menghadapi situasi yang sama. Mungkin kau tak faham apa yang aku maksudkan dengan "situasi" ni. Takpe, aku tak nak kau faham melainkan kalau kau dah memang faham. Kenangan kita, aku tak pernah lupa. Jangan risau. Aku cuma berharap yang kau tak lupa aku. Aku tunggu kau dan aku harap penantian aku tak sia sia. Kalau dah takdir, tu lain. Cuma maksud aku jangan sia siakan aku di belakang aku. Uhibbukifillah :)

17/07/2013 (Happy 2years 1month awak, i mean yesterday),
Syahirah











Rindu.

Saya rindu awak. Rindu semuanya pasal awak. Saya harap awak pun rindu saya. Awak, saya kat sini tunggu awak. Saya takde orang lain, takde lelaki lain. Awak percaya saya eh :') Awak jaga diri kat sana, saya takde siapa nak tolong tengokkan awak. Saya hanya mampu berdoa kat Allah supaya lindungi awak. Saya tahu ni ujian untuk kita. Sekarang dah bulan 5. Tapi saya masih tak biasa berjauhan ngan awak. Saya still terbayangkan awak dekat sekolah. Kadang-kadang saya tak boleh focus. Hmm. Mesti ada orang ingat saya ni over sangat rindukan awak. Tapi takde siapa faham keadaan kita wak. Saya tahu orang lain pun ada yang couple jauh, tapi diorang tak sama macam kita.
 
Saya harap awak pandai jaga batas pergaulan awak kat sana. Saya percayakan awak. Jangan sia-siakan kepercayaan saya. Awak, kalau boleh saya nak masa cepat berjalan. Saya nak jumpa awak balik. Tapi saya kena sabar. Saya ikut jalan hidup saya. Awak, nanti kalau dah habis SPM selalu datang jumpa saya ye :'( Saya rindu. Saya tak boleh tengok pasangan lain. Hm I love you. Saya harap awak akan jadi yang halal untuk saya suatu hari nanti. Ameen.

29/05/2013
Lots of love,
Syahirah.

Maafkan aku

 Maafkan aku. Aku tidak dapat dan tidak akan mampu untuk menjadi yang terbaik. Tapi aku akan cuba sedaya upaya untuk buat kau tersenyum setiap hari. Maafkan aku atas semua kesilapan aku. Aku manusia yang tak pernah lari dari kesilapan. Mungkin ada yang tidak boleh terima, tapi aku tidak sengaja. Tolong faham aku. Aku tersepit. Setiap hari aku berdoa supaya Allah jauhkan aku daripada pengkhianatan dan semua perkara yang boleh menyakiti hati orang lain, tapi kadang kadang aku gagal. Aku gagal untuk menjaga hati orang. Mungkin itu ujian Allah. 

Maafkan aku. Kadang kadang aku macam dah putus asa. Aku dah penat. Aku selalu terfikir "Aku jaga hati orang, tapi hati aku siapa nak jaga?". Bila aku mula fikir macam tu, aku cepat cepat fikir positif. Aku sanggup korbankan perasaan dan hati aku untuk orang orang yang aku sayang. Mungkin pengorbanan aku tidak besar. Maafkan aku.

Maafkan aku. Jangan simpan semua dalam hati. Marah lah aku, maki lah aku. Aku terima asalkan kau tenang. Aku salah. Memang aku salah. Tolong bantu aku. Aku perlukan kekuatan. Kekuatan yang semakin jauh :'( Tapi aku kena belajar sabar dan redha. Banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku yang buat aku lemah. Maafkan aku. 

Maafkan aku. Aku sayang kau. Allah je tahu mcm mana perasaan aku. Aku akan doakan kebahagiaan kau, walaupun mungkin kau bahagia bukan sebab aku. Aku tak kisah. Aku hanya ingin lihat kau tersenyum, walaupun senyuman kau bukan lagi di depan mata aku. Maafkan aku. Kalau perlukan aku, cari aku. Aku rindu. Semoga berada di dalam lindungan Allah selalu. Assalamualaikum.


Rindu.
Tuesday, 07:50 , 0 notification[s]


Ya Allah, sampaikan salam rindu ku kepada Muhammad Hidayat b. Ab Jalil sehingga aku menjadi kerinduannya. Amin :'>


"Tuhanku,
seandainya telah kau takdirkan
dia Milikku, tercipta buatku
dekatkan lah hatinya dengan hatiku
tetapkan lah kemesraan antara kami
agar kebahagiaan ini kekal abadi
dan Tuhanku,
seiringkan lah kami
mengharungi hidup luas ini
ke tepian yang sejahtera
tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih,
seandainya telah kau takdirkan
dia bukan milikku
bawalah dia jauh dari pandangan ku
luput dari ingatan ku
dan peliharalah aku dari kecewa
serta tuhanku yang Maha Mengerti
berilah aku kekuatan
melontar bayangannya kedada langit
hilang bersama senja nan merah
dan gelap pekat awan
agar aku bias bahagia
walaupun tanpa dirinya
dan Tuhanku tan Tercipta,
biarkanlah yang hilang
tumbuhkanlah kembali yang telah patah
meskipun tidak sama dengan dirinya
biar sekuat mana aku menyintainya
aku pohon agar Tuhanku
melenyapkan perasaan ini
sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku
tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku
kupohan agar takdir
memperkuatkan kasihku padanya
selagi tidak melebihi
kasihku padaMU"

Assalamualaikum.

12/02/2013||23.32 PM

Copyright Syahirah Stella on gadis-piano. All Right Reserved.