Tidak mungkin berulang kembali..
Sejujurnya, aku mahu hidup aku yang dulu. Ketawa dan senyuman yang ikhlas. Yang tiada kelatnya. Tapi, Allah uji aku. Setiap hari aku berdoa, agar aku menjadi manusia yang tidak berputus asa, yang sentiasa bersemangat, yang disukai, yang penuh dengan keikhlasan dan keriangan, yang tiada air mata. Aku nak sihat. Keinginan aku ni mungkin tiada pada remaja yang lain. Yang tidak terseksa seperti aku. Aku tak boleh mengeluh atau merungut. Allah sedang menguji aku dan keluarga aku.
 |
As we know, it just a dream. |
Aku ingin menjadi manusia yang setabah ibuku, segigih bapaku. Susah senang, kami lalui bersama sama. Kami tidak perlukan harta yang banyak, cuma kami inginkan keluarga yang bahagia. Bahagia bukan terletak pada wang. Tipu kalau aku kata aku tidak cemburu dgn orang lain, tapi itu semua perasaan aku sahaja. Kehidupan berbeza beza. Semuanya tidak indah seperti yang disangkakan.
Aku banyak memendam rasa. Keinginan yang Allah sahaja yang tahu. Ini semua rahsia hati. Aku tahu aku kuat, tapi pasti ada kelemahan yang tertunjuk secara tidak sengaja. Aku dan diri aku yang dulu, berbeza. Sangat berbeza. Mungkin orang lain sudah nampak perbezaan itu, atau mungkin aku sahaja yang nampak. Aku menangis, itu perkara biasa. Kadang kadang aku tahan kesakitan aku, kuatnya aku.
Biarlah, manusia memang pendengki. Cuma bukan semua. Aku tahu, apa yang mereka buat, pasti ada balasannya. Allah itu Maha Adil. Maha Mendengar segala rintihan hambanya. Mungkin doa aku belum diperkenankan. Apa yang aku perlu buat, teruskan berdoa supaya diberikan kekuatan.
Assalamualaikum.
Btw, Happy Birthday to my mom, on 26th October. Stay strong mom. I love you ♥