Stella





Mistakes..
Tuesday, 23:52 , 0 notification[s]
Semua orang pernah buat salah. Manusia tak lari daripada buat kesilapan. Dan aku rasa aku dah banyak buat salah kat orang yng aku sayang, orang yang aku kenal ataupun yang tidak kenal.  Terlalu bodoh diri ini. Tidak pasti apa yang menyebabkan aku jadi begini. Dan bila aku sebut perkataan 'maaf' itu bermakna perkataan itu ikhlas dari hati....


Tapi, pernah tak diri sendiri terfikir pada org yng buat salah dekat kita? Bila seseorang marahkan aku, aku selalu berkata dalam hati "elehh selama ni kau buat aku sakit hati, tak fikir pulak". Aku tidak berdendam. Cuma aku memendam. Aku tidak pandai berterus terang. Sejak dari lahir hingga ke hari ini, aku tidak pandai berterus terang. Aku tak tipu. Tolong percaya, aku serius.


Bukan senang aku nak ubah semua tu. Sifat itu memang sifat semulajadi aku. Mohon jangan salahkan aku 100%. Aku mengaku aku memang bukan orang, anak, kawan, kekasih dan wanita yang baik. Aku selalu menuding jari ke arah orang untuk tidak membuktikan salah aku. Aku sendiri tak tahu mereka faham atau tidak kenapa aku jadi mcm ni. Menyesal kerana aku terlalu melayan perasaan. Menyesal kerana telah menunjukkan kelemahan aku kepada orang lain.




Aku perempuan yang ego. Tapi ego lelaki dan perempuan tidak sama. TAK SAMA! Dan aku seorang yang cepat kecil hati. Tolong jaga pertuturan anda bila bersama saya. Nanti saya tarik muka dan menangis. Cengengnya saya.... So stupid....... And for your information, kalau ada perkataan seseorang yang mengguriskan hati aku, aku akan ingat. Susah untuk aku lupakan.


Aku manusia, kesalahan akan aku lakukan sama ada sedar atau tidak sedar. Mohon tegur dan nasihat diri ini jika aku melakukan kesalahan. Memang susah aku untuk menerima teguran. Itu perangai aku. Tapi bagi aku masa, memang aku teruk dia mata mereka yang lain, tapi hal yang sebenar benarnya Allah sahaja yang tahu. Maafkan aku..

Assalamualaikum.

Copyright Syahirah Stella on gadis-piano. All Right Reserved.