![]() |
| Aku
Saturday, 00:55 , 0 notification[s]
Assalamualaikum.
Hidup aku penuh corak. Kadang-kadang kebahagiaan datang. Kadang-kadang masalah timbul. Tp aku selalu rasa kebahagiaan tu sekejap. Aku selalu terfikir, kenapa kebahagiaan tu hanya sementara? Masih tiada jawapan. Aku dah lalui mcm-2. Suka, gembira, sedih, sakit. Masa kebahagiaan tu dtg, aku bersyukur dan bila kebahagiaan tu pergi, aku jatuh. Aku taknak jd seorang yng kuat give-up. Aku mengaku aku lemah :/ Aku tak pandai selesaikan masalah sorang-sorang. Aku kecewa dgn diri aku..
Masa berlalu begitu cepat. Aku baru sedar yng kehidupan aku dah berubah. Aku bkn lagi 'Syahirah' yng dulu :'( Dulu aku seorang yang gila-gila. Sekarang? Dulu aku 'hyperactive'. Sekarang? Dulu aku tak cpt mengalah. SEKARANG? Aku nak kehidupan yang dulu tp aku tahu semua tu takkan terjadi :'( Aku nak keluarga yang bahagia, life yng happy, kwn-2 yng supportive. Aku taktau nak mengadu kat siapa. Aku tahu, Allah uji aku :'(
Manusia. Mmg cepat merungut. Mmg cepat mengeluh dgn dugaan. Aku taknak jadi manusia mcmtu. Sekarang aku ada kawan-2 yang baik, si dia yang baik. Tp aku takut tu hanya sementara. Jujur, aku taknak berjauhan :( Aku dah mula terfikir, boleh ke aku hidup berdikari tanpa dia? Boleh ke aku tunaikan kan janji aku? Boleh ke aku setia? Boleh ke? Tak terjawab lagi. Aku hanya mampu berdoa :'(
Perjalanan masih panjang. Aku masih ada masa depan. Aku berusaha berubah ke arah kebaikan. Aku nak senyuman seperti dulu. Aku mahu diri aku yang dulu..
![]() |